Pendakwah bebas, Ebit Lew, sememangnya dikenali dengan dakwahnya yang lemah-lembut dan sifat pemurah kepada golongan yang memerlukan.
Terbaharu, Ebit Lew menghulurkan sumbangan berupa alat penghawa dingin mudah alih kepada staf di Hospital Shah Alam dan Ampang.
Menerusi video yang dimuat naik, beliau dilihat menyerahkan sendiri penghawa dingin kepada staf kesihatan kerana tidak sanggup melihat mereka kepananasan dalam menangani wabak Covid-19.
Moga Allah memberikan ganjaran pahala kepada Ustaz Ebit Lew dan semua mereka yang menghulurkan bantuan. Amin!
Sumber: Ebit Lew