Lendir gergasi yang ‘bersarang’ dalam hidung seorang lelaki di UK sejak 10 tahun dahulu akhirnya berjaya dikeluarkan baru-baru ini, lapor Metro UK.
Menurut Metro UK, selepas bertahun-tahun lelaki tersebut, Tony mengalami kesukaran bernafas, akhirnya dia mulai bingung apabila deria baunya hilang.
Dia juga berasakan ada sesuatu yang ‘bergerak’ dalam lubang hidungnya dan akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk mengakhiri masalah tersebut.
Justeru, seorang pengamal perubatan, Dr. Daniel Carothers tampil dan bersedia merawat pesakit barunya itu dan yakin dapat berikan kelegaan yang diharapkan olehnya.
Dalam klip video yang dikongsikan oleh Metro UK, Dr. Carothers mula meneroka lubang hidung Tony menggunakan kamera kecil.
Sekelip mata, dia dapat meihat sebuah ketumbuhan polip besar yang pertama tergantung pada dinding dalam hidung lelaki itu hingga ke bahagian belakang.
“Secara beransur-ansur, polip akan masuk ke dalam rongga hidung.
“Ia akan kekal begitu sampai bila-bila tapi ia boleh dikeluarkan dari dalam lubang hidung kamu,” jelas Dr. Carothers, lapor Metro UK.
Difahamkan, menurutnya, polip kecil juga tumbuh dalam rantaian tersebut dan ia agak menyakitkan.
“Saya mula memberikan ubat pelali pada hidung Tony untuk mengurangkan pendarahan dan rasa sakit ketika prosedur tersebut dijalankan.
“Dengan menggunakan forceps kecil yang berfungsi sebagai seperti vakum kecil, saya mengeluarkan polip yang melekit dengan berhati-hati dan meneruskan sehingga mencapai pertumbuhan tisu yang besar.
“Ini yang utama, saya rasa ia seperti ketulan yang bergerak dan bukan ketumbuhan. Ia hanya bengkak dan keradangan.
“Itulah yang anda peroleh dari sinus dalam hidung,” jelas Dr Carothers, lapor Metro UK.
Namun, menurut Dr Carothers juga, pencegahan polip pada masa akan datang juga sangat penting.
“Bila nanti terdapat apa-apa penyakit seperti ini, anda tidak boleh anggap ia adalah polip, perlu buat pemeriksaan terlebih dahulu.
“Terdapat sejenis jisim yang digelar papilloma, polip jenis ini berisiko tinggi untuk berubah menjadi kanser jika dibiarkan,” jelasnya lagi.
Akibat masalah hidungnya, Tony juga mengalami masalah lendir yang berlebihan terkumpul dalam hidungnya, selain resdung di bahagian pipi kiri yang gagal mengalir disebabkan oleh polip.
Menerusi lensa penuh kamera Dr. Carothers, dia menyedut cairan yang seakan-akan tali putih yang tidak berpenghujung dari dalam hidung Tony.
“Ia tidak akan keluar dengan sendirinya.
“Mengeluarkan cairan ini sangat memuaskan dan ia tidak lagi tesekat dan Tony akan merasa lega,” jelasnya, lapor Metro UK.
Difahamkan, semua lendir yang berada dalam saluran hidung Tony telah disedut kesemuanya. Lelaki itu pasti berasa lebih baik dan dapat bernafas dengan lancar.
“Anda betul, saya tidak sepatunya gementar dan mudah-mudahan tiada lagi polip selepas ini,” katanya kepada jururawat, lapor Metro UK.
Sumber: Metro UK