Ketika negara kita sedang berjuang melawan virus Covid-19, ada diantara kita yang ‘disogok’ informasi tanpa fakta sehingga ada yang terus percaya.
Ada yang kata makan buah mahupun sesuatu jenis sayur itu mampu merawat Covid-19, namun sejauh manakah kebenaran itu?
World Health Organization (WHO) dalam satu posting Twitter mereka menjawab ura-ura yang mendakwa bahawa kunyit dan lemon boleh ‘membunuh’ wabak ini.
“Tiada bukti saintifik mengatakan bahawa lemon atau kunyit boleh mengelakkan jangkitan Covid-19.
“Secara amnya, WHO mengesyorkan untuk mengamalkan buah dan sayur secukupnya sebagai amalan diet sihat.”
Sumber: World Health Organization via KKM