Gambar: SCOTT OLSONGETTY IMAGES NORTH AMERICA/Getty Images via AFP

Lembu Ditahan, Berdepan Hukuman Penjara Selepas Serang Budak Hingga Maut

Fazidi

Seekor lembu di Sudan Selatan dilapor telah ditahan dan berdepan hukuman penjara oleh polis tempatan bersama pemiliknya selepas didapati bersalah menyerang seorang budak lelaki berusia 12 tahun sehingga menemui ajal.

Memetik laporan Daily Star, serangan yang dibuat oelh lembu berkenaan menyaksikan mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Laporan penahanan ke atas lembu berkenaan turut disahkan oleh jurucakap polis Sudan Selatan, Major Elijah Mabor.

”Lembu berkenaan kini ditahan di balai polis di Pusat Bandar Rumbek.

”Manakala mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumahnya untuk dikebumikan,” kata jurucakap polis berkenaan.

Menariknya, ini bukanlah kali pertama kes penahanan ke atas haiwan yang disabitkan dengan kes jenayah dilaporkan di negara berkenaan.

Bulan, seekor kambing biri-biri telah ditahan atas dakwaan menyerang seorang wanita berusia 45 tahun sehingga maut.

Dalam serangan ganas berkenaan, mangsa ditanduk berkali-kali dibahagian dada sehingga mengalami kecederaan parah dan menemui ajal.

Polis ketika menjelaskan penahanan ke atas kambing biri-biri berkenaan menjelaskan bahawa pemiliknya didapati tidak bersalah dan hanya kambing biri-biri berkenaan saja ditahan.

Kata polis lagi, tindakan berkenaan terpaksa diambil bagi mengekalkan keamanan selain bagi mengelakkan daripada berlakunya seberang perbalahan.

Minggu lepas, kambing biri-biri berkenaan diarah dihantar ke kem buruh dan ditahan disana selama 3 tahun.

Kambing biri-biri berkenaan juga akan diserahkan kepada keluarga mangsa sebagai ganti rugi sebaik sahaja tamat menjalani hukuman penjara.

Menurut undang-undang tempatan, mana-mana haiwan domestik yang didapati bersalah dalam serangan jenayah hingga menyebabkan kematian akan diserahkan kepada keluarga mangsa sebagai pampasan.

BACA: Mata Sebelah Tak Berkelip, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Lumpuh Sebelah Muka

Sumber: Daily Star