Boleh dikatakan semua orang percaya bahawa keluar peluh yang banyak akan menyebabkan kalori lemak terbakar dengan lebih banyak. Dalam erti kata lain, kalau korang tidak bersenam atau makan makanan pedas juga akan berpeluh tetapi ia bukanlah untuk bakarkan lemak anda. Hakikatnya ia hanyalah sekadar mitos sahaja.
Ia hanya memberi kesan kepada suhu badan jika keluar peluh. Ini bermakna suhu badan tinggi dan untuk menstabilkan semula, peluh akan keluar dan kandungan air dalam badan berkurang. Sebab itulah kita cepat haus ketika berada di bawah panas terik dan selepas bersukan.
Perkongsian menarik ini daripada seorang doktor yang cukup terkenal di media sosial iaitu Dr Nimelesh akan menjelaskan perkara sebenar yang membuatkan anda terkejut. Ya, nak bakar lemak bukan berada di dalam sauna tetapi bersenam.
Berpeluh tak akan buat awak bakar lemak. Ye, Bersenam akan buat awak berpeluh dan bakar kalori tapi kalori tu terbakar disebabkan oleh aktiviti bersenam tu sendiri. Jadi jangan fikir dengan jemurkan diri di bawah cahaya matahari terik atau dalam sauna, lemak akan terbakar.
Berat akan turun sebab badan kekurangan air tapi ia akan digantikan dengan cepat apabila anda minum air. Nak bakar lemak? Bersenam.
Bukan itu sahaja, doktor ini juga menjawab soalan lain yang ditanya di ruangan komen tersebut.


Sumber: Dr Nimelesh