
Lelaki Terpaksa Berputih Mata, Bini Ghaib Bersama Duit Hantaran & Barang Kemas
Seorang pengantin perempuan di India dilaporkan melarikan barangan kemas dan wang tunai bernilai 150,000 rupee (RM8,535) selepas dua hari majlis perkahwinan, lapor NDTV.
Menurut laporan yang difailkan oleh bapa pengantin lelaki, mereka pada awalnya telah meminta kenalan dan saudara mara untuk mencari jodoh buat anak lelaki bongsunya.
Salah seorang kenalan kemudiannya telah memperkenalkan seorang wanita yang didakwa mengenali seseorang yang sesuai menjadi calon menantu keluarga tersebut.
Kata wanita itu, calon pengantin tersebut berasal daripada keluarga miskin dan tidak mempunyai wang.
Malah keluarga pengantin lelaki juga memberitahu bahawa mereka tidak akan meminta mas kahwin daripada pengantin perempuan.
“Selepas keluarga saya berkenan dengan gadis itu, saya memberikannya sebanyak 100,000 rupee (RM5,688) dan beberapa pakaian kepada keluarganya.
“Selepas perkahwinan itu, saya pulang ke rumah bersama menantu saya. Perayaan menyambut perkahwinan itu diadakan sehingga larut malam. Pada waktu pagi ketika anak saya pergi bekerja dia mendapati gadis itu telah hilang,” cerita bapa pengantin lelaki lagi.
Pengadu kemudiannya memeriksa rumah mereka dan mendapati bahawa menantunya itu telah melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM8,535.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Pengadu seterusnya memaklumkan kejadian itu kepada wanita yang memperkenalkan menantunya itu.
Ketika wanita itu dihubungi, dia telah bertindak mahu mengancam dan membunuh pengadu tersebut.
Laporan awal telah didaftarkan terhadap gadis itu bersama wanita pencari jodoh dan seorang lagi suspek di balai polis Bilaspur pada Ahad lalu.
Seorang pegawai Kanan Polis berkata bahawa siasatan sedang dijalankan dan tertuduh akan ditahan tidak lama lagi.
Terdahulu, seorang lelaki asal Bengal Barat, India membuat keputusan untuk menunaikan janji kepada isteri yang dibuat semasa belum bernikah. Janji itu berkaitan dengan memberikan hadiah berupa ‘Bulan’ kepada wanita tersebut.
Menurut Wion News, Sanjay Mahato telah berjanji untuk ‘memberikan Bulan’ kepada isterinya pada hari lahir wanita kesayangannya pada tahun pertama perkahwinannya.
Berdasarkan laporan India Today, Mahato telah membeli sekeping tanah di Bulan yang berjumlah Rs 10,000 (kira-kira RM562.71) untuk dihadiahkan kepada isterinya.
Sumber: NDTV