
Lelaki Terkejut Temui Batu Meteorit Tembusi Bumbung Bilik Tidur
Objek yang terhempas sehingga atap bilik tidur sebuah rumah bocor di New Jersey berkemungkinan adalah sebuah meteorit, lapor The Guardian.
Penemuan objek logam pada Isnin lalu itu kelihatan seperti batu berkilat, kira-kira 4 inci lebar dan 6 inci panjang, kata polis Perbandaran Hopewell.
Objek itu dipercayai terhempas ke atas atap rumah, mengenai kayu keras dan kemudiannya ‘memantul’ ke siling sehingga muncul lubang lain sebelum jatuh semula ke lantai.

Suzy Kop berkata objek itu jatuh melalui bumbung bilik tidur bapanya sekitar jam 1 tengah hari.
“Saya menyentuh objek itu kerana ia seperti batu biasa dan ia berasa hangat,” kata Kop kepada KYW-TV.
Menurut Kop lagi, petugas kecemasan turut memeriksa mereka yang bersentuhan dengan objek yang didakwa sebagai meteor itu.
“Mereka takut kerana ia jatuh dari langit, adakah ia radioaktif? Mungkinkah ia sejenis sisa? Jadi mereka mengimbas kami dan semuanya normal,” kata Kop lagi.
Polis berkata mereka turut menghubungi beberapa agensi lain untuk membantu mengesahkan objek itu adalah meteorit.
Sementara itu, Kolej New Jersey sedang berusaha untuk menentukan sama ada objek itu dari Bumi atau angkasa.
Dalam catatan Facebook, bandar itu menggalakkan penduduk untuk memeriksa halaman mereka bagi mencari kemungkinan serpihan yang lain.
Objek itu boleh menjadi serpihan dari pancuran meteor Eta Aquarid, terdiri daripada kepingan dari Komet Halley yang terkenal.
Kira-kira 500 meteorit melanda Bumi setiap tahun, tetapi kurang daripada 10 ditemui semula apabila kebanyakannya jatuh ke lautan atau kawasan terpencil.
Menurut Institut Sains Planetarium, penemuan objek itu menjadikan kawasan persekitaran bandar peluang yang jarang berlaku untuk saintis menyelidiknya.
BACA: Asteroid Sebesar Bangunan Pencakar Langit Dijangka Lintasi Bumi Esok
Disebabkan oleh halaju meteorit yang jatuh melalui atmosfrea Bumi, banyak yang pecah menjadi serpihan yang menyebabkan sukar untuk ditemui.
Pada Oktober 2021, meteorit dilaporkan merempuh sebuah rumah di British Columbia, Kanada dan menyebabkan seorang wanita yang sedang tidur hampir hilang nyawa.
Kop berkata, dia bersyukur tiada sesiapa berada di rumah sewaktu objek itu jatuh mengenai rumah bapanya.
“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana bapa saya tiada di sini, tiada sesiapa di sini. Kami tidak cederan atau apa-apa,” katanya.
Sumber: The Guardian