Lelaki terakhir dari suku orang asli di Amazon dilaporkan telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Menurut Independent, Aruká Juma iaitu dari suku Juma telah meninggal dunia di sebuah hospital di Pôrto Velhi, Rondônia, barat Brazil, pada 17 Februari lalu kerana komplikasi yang disebabkan oleh COVID-19.
Gambar Via BBCKrisis COVID-19 dilaporkan telah melanda orang asli di Amazon yang dipercayai telah disebarkan oleh orang-orang dari luar yang memasuki kawasan mereka untuk melakukan kegiatan haram seperti pembalakan dan perlombongan.
Juma, yang dipercayai berusia antara 86 dan 90 tahun mempunyai tiga anak perempuan, mereka semua berkahwin dengan suku yang berbeza dan tidak dapat meneruskan keturunannya.
Gambar Via BBCPada abad ke-18, dianggarkan bahawa terdapat seramai 15,000 orang di dalam suku Juma tetapi jumlahnya menyusut secara drastik akibat penyakit dan pembunuhan beramai-ramai.
Menjelang tahun 1934, hanya sekitar 100 orang sahaja yang tinggal dan 30 tahun kemudian hanya enam orang sahaja yang didapati masih hidup termasuk mendiang Juma.
Setelah kematian adik iparnya pada tahun 1999, dia menjadi satu-satunya lelaki dari suku itu yang masih hidup.
Brazil telah menjadi negara kedua di dunia yang mencatatkan jumlah kematian terburuk akibat COVID-19 dengan 242,000 orang telah mati dan hampir 10 juta jangkitan.
Sumber: Independent