Seorang lelaki yang menghidapi masalah sindrom down telah meninggal dunia selepas berada di hospital selama 20 hari. Namun apa yang menyayat hati, lelaki berkenaan dikatakan mati kerana tidak diberikan sebarang makanan oleh pihak hospital.
Menurut laporan, lelaki itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami patah tulang pelvis, pergelangan tangan dan leher. Disebabkan beliau sukar untuk menelan makanan, beliau dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengambil sebarang makanan atau minuman buat sementara waktu sebelum menjalani pembedahan.
Gambar : PATetapi pihak saudara memaklumkan bahawa beliau sebenarnya tidak diberi makanan selama hampir tiga minggu. Perkara tersebut terjadi disebabkan oleh salah faham dan tiada sebarang tindakan dari kakitangan hospital mengenai perkara itu. Malangnya, kecuaian terbabit menyebabkan mangsa terkena radang paru-paru dan maut.
Gambar : PASaudara mangsa kesal dengan tindakan hospital yang gagal memberi solusi terbaik kepada kes itu. Beliau berkata :
Beliau turut terkilan kerana pihak hospital lambat membuat keputusan terhadap kes itu dan tidak berusaha untuk menyelesaikan segala salah faham yang berlaku.
Gambar : PASumber : Mirror.co.uk