lelaki diusir oleh isteri
Kredit CHV Noticias

Lelaki Saman Pejabat Pendaftaran Selepas Diusir Oleh Isteri Kerana Kesilapan Ejaan Nama

Syed Faisal Sayed Muhammad

Lelaki Saman Pejabat Pendaftaran Selepas Diusir Oleh Isteri Kerana Kesilapan Ejaan Nama

Seorang lelaki di Chile dihalau keluar dari rumah oleh keluarganya selepas Pejabat Pendaftaran tersilap mendaftarkannya sebagai bapa kepada dua orang kanak-kanak warga Venezuela yang tidak pernah ditemuinya.

Memetik Oddity Central, pada asalnya lelaki pertengahan umur dari Santiago yang bernama Leonardo Sepulveda Rodriguez itu telah menikmati kehidupan yang tenang bersama isterinya selama 30 tahun.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah selepas salah seorang anaknya pergi ke Pejabat Pendaftaran Awam untuk mendapatkan beberapa dokumen. Leonardo didakwa telah mengiktiraf dua kanak-kanak Venezuela sebagai anaknya.

Apabila anak lelakinya berdepan dengan Leornardo, dia sangat terkejut dan tidak faham apa yang telah terjadi.

Malah Leonardo berkata dia tidak pernah melancong ke luar negara, apatah lagi memiliki anak di Venezuela.

Percubaan untuk membuktikan dirinya tak bersalah tidak berhasil, isterinya kemudian memintaya untuk keluar dari rumah keluarganya.

“Kejadian yang berlaku kepada saya dan keluarga amat dahsyat.

“Pada 5 Julai, saya pulang ke rumah memeluk anak-anak saya, isteri dan cucu saya yang paling saya sayangi. Kini saya tidak boleh berbuat demikian lagi,” kata Leonardo lagi.

Menurut ibu Leonardo, isterinya tidak percaya bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang dua kanak-kanak itu yang diletakkan di atas namanya.

Dihalau keluar dari rumah selepas tidak dapat membuktikan kesalahan itu

Apabila isteri Leonardo meminta untuk membuktikan bahawa dakwaan itu salah, Leonardo tidak dapat berbuat apa-apa. Dia akhirnya diminta untuk meninggalkan rumah keluarga mereka.

Ibu lelaki itu juga berharap bahawa hubungan kekeluargaan anaknya itu dapat diperbaiki dan kembali ke kehidupan lama mereka.

Dalam pada itu, kejadian itu akhirnya berjaya dirungkai setelah semakan dibuat dan terdapat kesalahan ejaan pada nama yang didaftarkan tersebut.

Namanya sangat mirip dengan Leonard Rodrigues Sepulveda, seorang warga Venezuela yang mempunyai dua anaknya sendiri.

Penjawat awam telah mendaftarkan dua kanak-kanak itu sebagai anak Leonardo secara tidak sengaja.

BACA: Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Walau bagaimanapun, Pejabat Pendaftaran Awam mengambil sedikit masa untuk mengakui kesilapan itu, walaupun telah dirayu oleh Leonardo.

Dalam satu kenyataan, wakil Pejabat Pendaftaran awam menjelaskan bahawa kesilapan itu berlaku dalam sistem rangkaian keluarga. Kesilapan itu juga dikatakan telah diperbetulkan oleh pejabat tersebut.

Sementara itu, menerusi temu bual dengan CHV Noticias, Leonardo berkata bahawa dia bercadang untuk menyaman Pejabatan Pendaftaran atas kesilapan itu.

Sumber: Oddity Central