Lelaki rogol remaja 8 kali
Sumber: Sinar Harian

Lelaki Rogol Remaja Perempuan 8 Kali, Ugut Bunuh Kalau ‘Buka Mulut’

Hannah

Lelaki Rogol Remaja Perempuan 8 Kali, Ugut Bunuh Kalau ‘Buka Mulut’

Seorang lelaki berusia 46 tahun di Jakarta telah ditahan polis pada Selasa susulan dakwaan memperkosa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun hingga melahirkan bayi.

Bukan itu sahaja, mangsa juga dilaporkan terpaksa membuang bayinya kerana tidak pandai untuk menguruskannya.

Menurut polis tempatan, peristiwa malang tersebut bermula pada Mei 2023 apabila pelaku dilaporkan menemui mangsa dan mengajaknya ke sebuah rumah kosong kemudian memperkosanya.

“Selepas pertama kali dia diperkosa, pelaku mengancam mangsa supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa, jika tidak dia akan dibunuh.

“Bukan sekali dia diperkosa malah sekurang-kurangnya lapan kali pada 2023,” jelas Ketua Polis OKI AKBP, Hendrawan Susanto pada Selasa.

Difahamkan, mangsa yang melahirkan bayi lelaki pada 10 Mei lalu memutuskan untuk membuang bayinya di kawasan rumah penduduk di Desa Suka Mulya, Kecamatan Lempuing, Ogan Komering Ilir.

Bagaimanapun, bayi terbabit berjaya diselamatkan oleh seorang penduduk yang menemuinya, dan penemuan itu segera dilaporkan kepada pihak polis.

Dilaporkan, pelaku mengakui melakukan perbuatan tersebut dan bakal didakwa di bawah undang-undang Fasal 81 UU Nombor 23 Tahun 2002 tentang perlindungan anak, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

BACA: Warga Emas Maut, Putus Kaki Kanan Selepas Motosikal Dirempuh Dari Belakang

Sumber: Sinar Harian