rompak bank guna uber
Gambar: BERNAMA

Lelaki “Order” Uber Untuk Rompak Bank, Paksa Pemandu Tunggu Di Luar

Nurhanis

Lelaki “Order” Uber Untuk Rompak Bank, Paksa Pemandu Tunggu Di Luar

Tindakan membawa padah, seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) ditahan polis selepas mengarahkan pemandu Uber bergerak menuju ke bank untuk merompak pada 16 November, lapor Wion News.

Difahamkan, lelaki tersebut memaksa pemandu Uber itu untuk tunggu hingga selesai melakukan rompakan, supaya dia boleh pulang ke rumah.

Lelaki itu tidak boleh memandu kerana lesen memandunya digantung. Para pegawai bank mendakwa bahawa pemandu itu tidak mengetahui rancangan suspek untuk merompak bank kerana dia hanya mengikut arahan yang diberi.

Selepas merompak bank itu dengan senjata api, suspek kemudiannya masuk semula ke dalam Uber untuk pulang ke rumahnya namun dalam masa yang sama, polis tiba untuk menahannya selepas mengesan kenderaan itu menggunakan kamera televisyen litar tertutup (CCTV).

“Ini adalah cara yang sangat luar biasa untuk melakukan rompakan bersenjata di bandar kami,” kata Barren, pegawai polis yang bertugas.

Semasa penahanan berlaku, polis ternampak warna merah seperti darah pada pakaiannya yang juga terdapat pada wang kertas. Polis menyangka suspek telah ditembak namun ianya hanya warna daripada pewarna dompet yang diserahkan oleh bank kepadanya.

Suspek didakwa kerana melakukan rompakan bersenjata dan perlu membayar wang pampasan yang ditetapkan pada jumlah RM2,290.

BACA: Tok Mat Cadang PN & PH Bergabung Tubuh Kerajaan

Sumber: Wion News