Gambar: Daily Mail

Lelaki Nyaris Temui Ajal, Diserang Strok Akibat Pembuluh Darah Di Otaknya Pecah Selepas Onani

Aqmal Ezany

Seorang lelaki bujang warga Jepun hampir maut diserang strok selepas onani, menurut laporan kes perubatan.

Doktor mendakwa bahawa lelaki yang berusia 51 tahun itu gemar beronani sebanyak beberapa kali dalam sehari.

Namun begitu, tabiatnya itu hampir membunuhnya pada tahun lalu selepas dia disahkan diserang strok selama beberapa saat selepas ejakulasi.

NHS menyatakan bahawa strok yang dialami lelaki itu boleh berpunca dari melakukan hubungan seks, batuk dan bahkan sedang membuang air.

Lelaki itu mengalami sakit kepala dan mula muntah-muntah sebelum dikejarkan ke hospital.

Doktor di hospital mendiagnos bahawa lelaki itu mempunyai tekanan darah rendah dan kebingungan, dua tanda yang menjerumus kepada penyakit strok.

Pakar perubatan pun terus melakukan imbasan CT di otaknya untuk mencari punca simptomnya.

Hasil keputusan itu menunjukkan bahawa lelaki tersebut mengalami pendarahan subarachnoid – sejenis strok yang mengancam nyawa yang disebabkan oleh pembuluh darah di otaknya pecah.

Lelaki itu dilaporkan selamat, dan telah keluar dari hospital setelah hampir dua minggu di hospital dan berada dalam keadaan yang baik.

Dr Masahiro Oomura dan rakan-rakannya, yang menerbitkan laporan kes itu dalam Journal of Stroke and Cerebrovascular Disease, tidak memberikan penjelasan mengapa lelaki itu boleh mengalami strok akibat daripada beronani.

Namun NHS menyatakan bahawa pendarahan otak boleh berlaku akibat daripada aktiviti fizikal, seperti mengangkat sesuatu yang berat atau melakukan hubungan seks.

Sumber: Daily Mail