Lelaki Miliki Lapan Isteri & 50 Anak Cadang Mahu Bina Sekolah Khas Untuk Anaknya
Seorang lelaki dikenali sebagai Kadel yang berkahwin dengan lapan orang isterinya dan mempunyai 50 orang anak telah merancang untuk membina sekolah bagi anak-anaknya, lapor Legit.
Menurutnya, sekolah yang bakal dibina itu akan terletak berhampiran dengan rumahnya. Afrimax English yang melaporkan kisah lelaki itu berkata, alasannya berbuat demikian adalah kerana jarak antara rumahnya dan sekolah anaknya adalah agak jauh.
Lelaki itu turut menyalahkan kos yang tinggi untuk menghantar anaknya ke sekolah sebagai alasan lain untuk dia membina sekolah tersebut. Guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut akan dibayar gaji sepenuhnya olehnya.
Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal
Katanya lagi, kini dia hidup bahagia bersama lapan isterinya dan tidak menolak untuk berkahwin lagi di masa akan datang.
Menurut laporan saluran YouTube Afrimax lagi, sudah menjadi kewajipan isteri terbarunya untuk mencari calon wanita yang lain untuk dikahwininya.
Saluran media itu menyatakan bahawa isteri-isterinya tidak cemburu antara satu sama lain dan melayan semua anak-anak mereka dengan sama rata.
Kisah kehidupan Kadel bersama lapan isterinya telah mendapat perhatian penonton laporan video tersebut dan ramai juga memberikan komen berkenaan berita itu.
“Kenapa isteri-isterinya kelihatan sedih, sedangkan di (Kadel) kelihatan gembira dan seronok,” tulis seorang netizen.
“Kemiskinan akan membuatkan seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja. Jika dia benar-benar kaya, kenapa anak-anaknya memakai pakaian yang koyak?” tulis seorang lagi netizen sebagai reaksi kepada video tersebut.
Sumber: Legit