
‘Gurauan tempah ajal’, itulah yang layak dilabelkan kepada seorang lelaki yang ‘selamba’ mengusik buaya yang sedang berjemur di tebing sungai seperti dalam video yang tular baru-baru ini.
Video berdurasi 10 saat dikongsikan oleh Desi Mojito di laman Twitter telah mencecah 161,600 tontonan memperlihatkan seorang lelaki memakai kostum buaya dan berbaring (dalam posisi meniarap) di sebelah buaya sebenar.
Tidak mendiamkan diri, lelaki tersebut juga bertindak untuk mengusik buaya itu dengan mengeluarkan tangannya untuk menarik kaki reptilia berkenaan berulang kali.
Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti, namun berdasarkan video itu kedua-dua ‘buaya’ berkenaan sedang berada di tebing sungai di satu tempat.
Melalui perkongsian itu, tidak dinafikan rata-rata warganet terkejut dengan tindakan ‘gila’ lelaki tersebut. Mana tidaknya, reptilia yang sudah diketahui bahayanya seperti apa, boleh diusiknya sebegitu rupa.
Malah, ada warganet yang meninggalkan komen bahawa tindakan tersebut boleh membahayakan dirinya selain mengatakan lelaki tersebut bernasib baik kerana tiada buaya lain yang berada di situ ketika itu.
Bagaimanapun, lelaki tersebut boleh dikatakan bernasib baik kerana buaya itu tidak menyerangnya secara tiba-tiba.
“Dia bertuah sebab takda apa-apa yang datang dari belakangnya,” katanya pengguna bernama Dabidi.

“Sangat-sangat bahaya. Buaya makan buaya sendiri,” katanya pengguna bernama Vishisht.


Video penuh rakaman tular tersebut boleh ditonton di bawah.
Sumber: Desi Mojito | Twitter