"Celebrate" Argentina Menang "World Cup"
Kredit Shutterstock

Lelaki Maut Ditikam Ketika “Celebrate” Argentina Menang “World Cup” Di Indonesia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Lelaki Maut Ditikam Ketika “Celebrate” Argentina Menang “World Cup” Di Indonesia

Seorang remaja berusia 17 tahun maut ditikam ketika berkonvoi meraikan kemenangan pasukan Argentina di pentas akhir Piala Dunia Qatar Isnin lalu, lapor Kompas.com.

Kejadian yang berlaku di Desa Sundulang, Sulawesi Utara, Indonesia itu disyaki akibat provokasi antara penyokong Argentina dan Perancis.

Pelaku dilaporkan telah ditahan oleh polis, manakala mangsa telah dibawa ke Hospital Bayangkara.

Ketua Polis Daerah Manado, Kombes Pol Julianto Sirait menerusi Unit Siasatan Jenayah berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mengikuti konvoi bagi meraikan kemenangan Argentina bersama rakan-rakannya.

Menurut Tribun Manado, kes penikaman itu didakwa terjadi akibat insiden ejek mengejek antara penyokong Argentina dan Perancis.

Pelaku yang berada di tepi jalan sambil memerhati perarakan konvoi itu kemudiannya telah bertindak ganas akibat diprovokasi konvoi berkenaan. Pelaku yang berada di bawah pengaruh alkohol telah melakukan perbuatan jenayah tersebut.

“Pelaku telah segera menarik pisau dari pinggangnya dan kemudian menikam dada kiri mangsa yang menaiki motosikal ketika itu,” kata Sugeng Wahyudi Santoso.

Ketika kejadian tikaman tersebut, mangsa didapati tidak memakai baju. Mangsa kemudiannya turun dari motosikalnya dan berlari ke arah Masjid Al Huda lalu terjatuh di lorong sebelah masjid berkenaan.

“Mangsa dibantu penduduk untuk dibawa ke Hospital Bhayangkara,” kata Sugeng lagi.

Laporan berkenaan kejadian tersebut telah dibuat dan ketua polis Manado, Unit Siasatan Jenaya Polis Tuminting bertindak pantas dengan menjalankan siasatan sehingga pada akhirnya pelaku menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis.

Pelaku telah ditahan bersama bahan bukti senjata tajam jenis pisau badik sepanjang 19 sentimeter dan dibawa ke Markas Komando Polis Manado untuk diproses mengikuti undang-undang.

“Pelaku telah didakwa dan akan dihukum dengan hukuman penjara selama 15 tahun,” beritahu Sugeng.

Sumber: Kompas.com