
Seorang lelaki dilaporkan maut dipercayai disondol oleh seekor lembu jantan yang berang kerana tanduknya dibakar di sebuah festival yang diadakan di Sepanyol. Difahamkan, kematian lelaki tersebut dipercayai oleh salah satu organ dalamnya yang pecah akibat dirempuh oleh seekor lembu jantan.
Menerusi rakaman video, mangsa dilihat ditanduk oleh haiwan tersebut dan diperhatikan oleh orang ramai yang berada di situ ketika itu. Pada bahagian tanduk lembu tersebut turut dipasang dengan bola mudah terbakar yang kemudiannya dinyalakan api.
Ia merupakan satu perkara yang biasa dilakukan pada mana-mana acara atau perayaan dalam acara larian lembu. Seterusnya, lembu tersebut akan dilepaskan dan berjalan di sekitar kawasan majlis perayaan. Lembu berkenaan dipercayai bertindak ganas akibat rasa sakit apabila bahagian tanduknya dibakar.
Beberapa individu lelaki cuba menolong mangsa namun tidak berjaya. Menurut laporan, limpa mangsa pecah akibat disondol lembu jantan itu dengan ganas.
Mangsa dikatakan datang dari Almansa semata-mata untuk menyambut perayaan tersebut namun berakhir dengan tragis apabila mangsa tandukan ‘toro embolado’ dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Sebelum ini, kejadian yang berlaku di Malaysia, seorang lelaki berusia 81 tahun juga telah ditanduk oleh seekor lembu hingga mengalami retak tulang belakang dan sakit pada bahagian belakang bahu.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata dalam kejadian yang berlaku pada 10.15 pagi itu, mangsa sedang berdiri di hadapan pagar rumah bersiap untuk keluar.
“Ketika itu mangsa telah melihat seekor lembu sedang berlari di taman berdekatan rumahnya.
“Namun secara tiba-tiba lembu tersebut telah berlari ke arah mangsa dan bertindak menanduk perut mangsa sehingga menyebabkannya terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan media.
BACA: Viral Lembu Gergasi Dipercayai Untuk Korban, Tinggi Sama Bumbung Rumah Curi Tumpuan Ramai
BACA JUGA: Lembu Korban Terlepas Masuk ‘Highway’, Warga Emas Retak Tulang Belakang Ditanduk Depan Rumah