Tiada Kategori

Lelaki Maut Dipercayai Langgar Pokok Tumbang

Fazidi

Lelaki Maut Dipercayai Langgar Pokok Tumbang

JASIN, 28 Nov (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap di sini pagi tadi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah menerima panggilan kecemasan pada 6.57 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, terdapat sebatang pokok tumbang di jalan berkenaan dan seorang mangsa lelaki berusia 49 tahun ditemukan di dalam longkang di jalan berkenaan.

“Mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha NMax telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pemotongan pokok tumbang berkenaan dilakukan disusuli pembersihan di jalan itu bagi memastikan laluan berkenaan selamat digunakan.

Sumber: BERNAMA