Gambar: DailyMail

Lelaki Dilapor Maut Akibat Terkena Bata Yang Dilempar Oleh Monyet Dari Tingkat Dua

Zahirah

Seorang lelaki berumur 30 tahun meninggal dunia akibat dilempar bata oleh seekor monyet dari tingkat dua sebuah bangunan, lapor Daily Mail.

Polis tempatan telah mengesahkan mangsa yang berusia 30 tahun telah meninggal dunia selepas kepala beliau terkena bata yang dilempar di kawasan Central Delhi’s Nabi Karim.

Kurbaan, seorang peniaga yang menjual beg di kedai berhampiran dengan kawasan kejadian, rebah selepas terkena bata dan dikejarkan ke hospital. Dihospital tersebut, doktor telah mengesahkan kematian beliau.

Polis telah memberikan FIR (First Information Report) kepada seorang individu atas kesalahan menyebabkan kematian kerana kecuaian.

Semasa siasatan, polis dapati bata tersebut dilempar dari sebuah rumah. Pemilik rumah tersebut meletakkan dua bata diatas tong yang berisi air untuk mengelakkan dari dibuka oleh monyet-monyet tersebut.

Menurut Indian Express, polis menyatakan, petang Isnin itu, sekumpulan monyet telah mengalih bata tersebut. Salah satu bata tersebut dibaling keluar dari rumah itu dan satu lagi dilempat berhampiran teres.

Sumber: Daily Mail, Indian Express