detik cemas serangan iran
Gambar: AFP
Tiada Kategori

Lelaki Malaysia Kongsi Detik Cemas Serangan Iran Di Pangkalan Tentera AS Di Qatar

Hannah

Lelaki Malaysia Kongsi Detik Cemas Serangan Iran Di Pangkalan Tentera AS Di Qatar

First time tengok missiles lalu atas kepala, selalunya tengok kat TV je…”

Demikian luahan seorang rakyat Malaysia yang menetap di Qatar apabila menyaksikan sendiri detik cemas sewaktu Iran melancarkan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara Teluk itu.

Menurut Ahmad Mehdi, kejadian berlaku tidak lama selepas beliau dan keluarganya pulang daripada percutian panjang.

“Semalam pagi kami sekeluarga baru je sampai Qatar dari long holiday, still dalam rest mode and tak settle lagi unpacking,” katanya.

Namun pada waktu petang, suasana berubah sekelip mata. Mereka difahamkan rakyat AS di Qatar diminta untuk segera berlindung di tempat selamat.

“Waktu kami tengah nak dinner around 8pm macam tu, terdengar bunyi explosion kuat and rasa shockwave dia sampai bergegar sliding door.

“Terus check dengan member yang kat Qatar Air Force, memang legit Iran serang US airbase kat sini,” kongsinya lagi.

Tambahnya, dia kemudian segera mengumpulkan semua anak-anaknya dan cuba menenangkan mereka.

First time tengok missiles lalu atas kepala, selalunya tengok kat TV je kan and this time really happened above our house sangatlah menakutkan and traumatic,” kongsinya lagi.

Tambah beliau lagi, ruang udara di Qatar ditutup buat sementara waktu selepas serangan itu. Ia hanya akan dibuka semula selepas pihak berkuasa mengesahkan tiada lagi ancaman peluru berpandu.

“Ya Allah, selamatkan dan lindungilah kami semua di sini.

“InsyaAllah baik-baik sahaja. Cuma anak-anak la trauma sikit, kene tenangkan dorang,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihak Kedutaan Malaysia telah mengeluarkan maklumat terkini berhubung situasi semasa di Qatar.

Selain itu, syarikat tempatnya bekerja juga menghantar emel menyatakan operasi berjalan seperti biasa.

Sama-sama kita doakan agar semua rakyat Malaysia yang berada di bumi Qatar sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Jika anda berada di luar negara, sentiasa peka dengan amaran keselamatan daripada pihak berkuasa dan kedutaan masing-masing.

Keselamatan harus diutamakan setiap masa.

BACA: Cara Mohon Biasiswa MCMC LEGASI & Biasiswa MCMC CARE

BACA: Lelaki Ziarah Pusara Ibu, ‘Borak’ Guna Bahasa Isyarat Undang Rasa Sebak

BACA: Wanita Kongsi Surat Cinta Ayah Untuk Ibu, Buat Ramai Ikut “Blushing”

Sumber: Ahmad Mehdi/Thread