Takde idea nak masak apa di rumah? Hari-hari lauk yang sama? Apa kata korang cuba try sesuatu yang baru. Suami dan anak-anak mesti suka punya.
Yang bujang pun boleh cuba try juga. Ini kerana resipi dan cara masak seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Wan LuQman ini sangat mudah.
Nak tahu apa resipi yang dikongsikannya kali ini. Namanya adalah padprik sotong. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bahan-bahan serta caranya, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Padprik Sotong
Macam-macam cara orang masak padprik. Takpe mana-mana cara pun janji jadi padprik, licin makan!
Very simple, korang buat ni konpem hari-hari suami mintak padprik. Boleh guna untuk semua. Ayam, daging, udang, lala, bamboo clam bahkan guna siput sedut pun layan tau!
Bahan Sos
– 2sb sos tiram
– 1sb nampla
– 1½ sb sos cili
– 1sb sos tomato
(campurkan kesemua ni ya dan kacau sebati)

Mula² tumis sekejap 3 ulas bawang putih dan 2 biji cili padi

Masukkan 1sb penuh cili blend dan tumis sehingga garing sikit

Kemudian, masukkan sotong

Kacau sekata

Ni bancuhan sos yang dah siap

Masukkan dalam masakan

Campurkan gula sikit. Sebab cili blend kander ni pedas

Masukkan sayuran wajib untuk padprik.
Bunga kobis
Carrot
Daun limau purut
Kacang panjang
Bawang holland
Hirisan cili merah

Kacau sekata

Masukkan sikit je air bancuhan tepung jagung. Sotong ni bila dimasak, dah keluar air dia.

Dah siap

Boleh hidang dan melantak sepuas hati

Kalau nak hiris sotong cantik², guna sotong katak / sotong mambang ni. Isi dia tebal, senang hiris dan bila dimasak pun tak kecut. Kander guna ¾ lebih kurang untuk menu ni. Cukuplah utk 2 orang makan. Tapi kalau hantu sotong, memang guna sekor terus.
Sumber: Wan LuQman