
Seorang lelaki di Kenya menjadi pilihan hati wanita kembar tiga yang rela berkongsi kasih dan saling mencintainya secara bergilir-gilir, lapor Oddity Central.
Menurut laporan, kembar itu, Cate, Eve dan Mary mula menjadi topik hangat di media berikutan berkongsi kasih dengan seorang lelaki bernama Bigman Stevo.
Cate merupakan wanita pertama yang bertemu dengan Stevo terlebih dahulu sebelum memperkenalkan dua lagi kembarnya sekaligus menjalinkan hubungan dengan lelaki itu bersama.
Walaupun ketiga-tiga kembar perempuan itu menganggap Stevo seorang yang tampan, mereka sebenarnya jatuh cinta dengannya pada masa yang berlainan.

Adik-beradik itu turut menjelaskan bahawa mereka tidak ada rasa cemburu kerana telah mencipta jadual untuk masing-masing menghabiskan masa yang sama dengan teman lelaki mereka.
Sementara itu, Stevo yang juga seorang ahli perniagaan dan pencipta kandungan, memberitahu media bahawa dia sentiasa menganggap dirinya mampu keluar bersama tiga wanita pada masa yang sama dan ia bukanlah masalah besar.
Ketiga-tiga kembar itu mendedahkan bahawa ini adalah kali pertama mereka menjalin hubungan dengan lelaki yang sama serentak dalam masa sama.
Malah mereka juga yakin untuk tidak akan membawa mana-mana wanita lain ke dalam hubungan itu, tidak kiralah apa yang Stevo mungkin katakan.

Menurutnya, “Saya cenderung percaya bahawa cinta saya tidak ditujukan untuk seorang gadis dan saya dilahirkan sebagai seorang poligami dan semua orang tahu,” kata lelaki Kenya itu.
Sebelum ini, berita kembar tiga itu muncul sebulan selepas kecoh mengenai kejadian yang hampir sama iaitu kembar tiga dari Congo turut berkahwin dengan seorang lelaki.
Sumber: Oddity Central