Seorang lelaki secara tidak sengaja telah mengambil satu gambar setelah mendengar bunyi bising di dapur ketika berada di rumah sendirian dan hasil tangkapan gambar tersebut memberi mimpi buruk kepada orang ramai.
Seorang lelaki mengatakan bahawa dia telah memutuskan untuk berpindah kembali ke rumah flatnya setelah mengambil gambar dapur yang kosong dan terlihat satu sosok misteri di dalam gambar berikutan bunyi bising yang tidak dapat dijelaskan.
Gambar itu menjadi viral setelah ia dimuat naik ke Reddit dengan kapsyen: “Saya sendirian dirumah, setelah mendengar bunyi ketukan dan suara dari dapur saya, saya mengambil gambar dan melihatnya sendiri.”
Gambar yang dikongsi itu melihatkan lorong lurus yang menuju dapur, dan pada pandangan pertama kelihatan tidak ada yang dapat dilihat di kawasan dapur melainkan beberapa barang yang tidak dapat dibezakan yang kelihatannya masih tersisa di atas meja.
Gambar via MirrorRatusan pengguna di Reddit mengakui bahawa mereka tidak dapat melihat apa-apa kewujudan yang aneh di dalam gambar tersebut.
Sebaik sahaja anda melihatnya secara biasa, sosok itu tidak dapat dilihat, dan seseorang meninggalkan komen “Saya memperbesarkan gambar tersebut dan melihat secara terperinci, kemudian menjumpai sesuatu. Saya hampir melemparkan Ipad saya kerana terlalu terkejut.”
Ramai orang menatap gambar itu dan masih tidak dapat melihat apa-apa yang aneh sehinggalah seseorang memberikan panduan: ” Ia berada di depan pintu, di atas kabinet. Nampak seperti wajah berwarna putih dan sedang mengintip.”
Gambar via MirrorSehingga kini, kiriman itu mendapat lebih dari 1,000 komen tetapi tidak semua orang yakin mengenai penampakan itu, kerana ada yang berpendapat ia seperti topeng dan ada yang berkata: “Pelik, pintu cukup terbuka untuk seseorang berdiri di belakangnya.”
Ada juga yang memberikan komen dan yakin gambar itu telah diedit, dengan alasan: “Resolusi dalam gambar berbeza (lebih jelas) hanya di kawasan muka (topeng). Anda dapat melihat bahawa cara suntingan piksel diberikan di kawasan itu berbeza. Ia kelihatan lebih halus daripada bahagian lain dari keseluruhan gambar. “
Berikutan begitu ramai yang berteka-teki mengenai gambar tersebut, lelaki itu menambahkan kepercayaan orang ramai dengan mengatakan: “saya tinggal bersama 3 rakan di rumah ini tetapi pada saat gambar ini diambil, saya hanya seorang diri.”
Sumber : Mirror