Mungkin ramai tauke bengkel kereta terlepas pandang, lelaki ini kongsi formula mudah cara nak kira kos ‘labor charge’ mekanik paling efisien.
Mereka memandang antara satu sama lain dengan rasa hairan.
Pernahkah anda mengalami situasi dia atas? Apa yang terzahir dalam permikiran kita adalah, ‘Adakah saya kena tipu?’ atau pun ‘Peniaga ini cekik darah betul’. Yang lebih menghairankan, mengapa kos bagi setiap servis, seperti servis potong rumput, servis mengecat mesti memiliki jurang harga yang besar antara pemberi servis yang berlainan?
Adakah jawapannya terletak pada jenis bahan yang digunakan? Jawapannya, kurang tepat. Ya, harga bahan mentah mempengaruhi caj servis tetapi ini masih tidak memberikan jurang yang signifikan.
Boleh jadi, setiap peniaga atau penyedia perkhidmatan menggunakan alat ganti yang sama tetapi masih menghasilkan jurang harga yang ketara. Jawapan yang paling tepat, kos overhead!
Gambar hiasan | Kredit: FacebookBagi sesiapa yang kurang mengerti mengenai istilah ini, overhead merupakan kos yang tidak berkaitan langsung dengan aktiviti pengeluaran dan boleh dianggap sebagai kos tidak langsung yang harus dibayar.
Sebagai contoh, kos sewa premis, bil utiliti, insurans yang perlu dibayar, gaji pekerja dan lain-lain. Setiap peniaga dan penyedia perkhidmatan akan memiliki kos overhead yang berbeza antara satu sama lain.
Dalam pada itu, pemilik bengkel ataupun ‘tauke’ juga perlu teliti dalam satu lagi kiraan kos iaitu labor charge. Biasanya kos ini akan dikira ‘asing’ dengan nilai alat ganti atau perkhidmatan yang dijalankan.
Persoalannya, macam manakah tauke bengkel perlu kira labor charge dengan betul? Adakah harganya boleh diletak sesuka hati saja atau perlu ikut formula tertentu supaya jadi lebih adil; erti kata lain tidak terlebih mahal dan tidak merugikan?
Jadi untuk itu, mari ikuti perkongsian tentang cara-cara tauke bengkel kira kos labor charge secara efisien oleh ahli kejuruteraan automotif, Syamil Hanafiah di Facebook miliknya seperti di bawah. Semoga bermanfaat.
Cara mudah nak kira berapa nak caj pelanggan untuk labor charge:
Pertama sekali, kita perlu kira kos overhead tetap.
Sewa premis: RM3,000
Bil elektrik: RM500
Bil air: RM200
Jumlah keseluruhan: RM3,700
Seterusnya, kita bahagikan kos overhead tetap untuk sebulan kepada kos labor charge per jam.
Contohnya: Dalam sebulan, ada 26 hari bekerja dan premis beroperasi selama lapan jam sehari:
RM3,700 ÷ 26 hari ÷ 8 jam = RM17.70 (kos overhead per jam)
Kemudian, peniaga perlu mengira kadar pekerja kita untuk per jam.
Katakanlah mekanik kita diberikan gaji sebanyak RM2,000 per bulan:
RM2,000 ÷ 26 hari ÷ 8 jam = RM9.62
Jika sesuatu servis memerlukan dua orang pekerja dan mengambil masa empat jam untuk siap, cara mengira kos adalah seperti berikut:
(4 jam x gaji pekerja per jam RM9.62 x 2) + ( 4 jam x kos overhead tetap RM17.70) = RM147.76
Jadi, kos bersih bagi kita (sebagai tauke) sebagai adalah RM147.76. Kalau kita hendak ‘mark up’ sebanyak 30 peratus, maka labor charge yang patut diletakkan adalah seperti berikut:
RM147.76 x 1.3 (untung 30 peratus) = RM192 untuk kerja yang dilakukan pada kereta selama 4 jam
Masalah jika caj upah pasang / labor charge terlalu murah
Masih terlalu ramai yang saya tengok memberikan upah pasang terlalu murah, ada yang cuma caj RM150 untuk kerja yang memerlukan empat jam. Takkan kita ambil untung sebanyak RM2.24 sahaja?
Saya melihat banyak rakan-rakan lain, kereta banyak masuk dan perniagaan nampak macam havoc. Hakikatnya, setiap kali akaun dikira hujung bulan, untung yang dapat cuma ciput sahaja.
Peniaga perlu memiliki ilmu matematik sedikit. Bukan main taram harga sampai terlalu mahal sampai tidak masuk akal, dan bukan juga terlalu murah sampai boleh merosakkan industri sendiri.
Untung barang adalah untung barang, labor charge kalau diberikan terlalu murah, maka hilanglah untung jual barang itu tadi sebab kita tolong tanggung bayar pekerja guna duit untung dari jual barang itu tadi. Dah macam ‘subsidi’ kerajaan pulak.
Gambar hiasan | Kredit: PexelsSatu lagi, bergantung kepada jenis pekerjaan dan kemahiran, peratusan (%) mark up daripada kos labor charge wajib lebih tinggi lagi.
Contoh, macam servis overhaul engine, modifications, custom tailored job dan wiring harness job, mark-up 70-200 peratus itu adalah sangat munasabah. Kalau perlukan kemahiran yang sangat tinggi, mark up antara 300 sehingga 500 peratus itu normal.
Jadilah tauke yang bijak.
Bahaya jika peniaga tak tahu cara sebenar kira kos keseluruhan pasaran
Secara umumnya, setiap perniagan memiliki nilai pasarannya yang tersendiri. Nilai pasarannya merupakan kos purata yang dikenakan oleh peniaga bagi satu servis yang serupa.
Jika terlalu ramai peniaga yang kurang mahir dalam bidang ini, sebagai contoh ramai yang meletakkan harga perkhidmatan mereka secara ‘tidak berasas’, ia akan mempengaruhi nilai pasaran secara keseluruhan.
Gambar hiasan | Kredit: PixabayNilai pasaran akan menjadi susut dan memberikan tanggapan kepada orang ramai bahawa servis ini ditawarkan dengan harga yang murah. Padahal sepatutnya, nilai pasaran haruslah melebihi kos servis sebelum mark up.
Ini kira akan menganiaya peniagaan yang betul-betul mengira kos perniagaan mereka dengan tepat. Dengan erti kata lain, harga servis ditawarkan tidak sepadan dengan nilai komersial yang dimiliki servis tersebut.
Akhir sekali, pelanggan dinasihatkan untuk melihat testimoni atau pun ulasan daripada pelanggan sebelumnya sebelum melakukan apa-apa servis.
Ulasan dalam Google Review, Facebook dan sebagainya dapat memberikan gambaran bagaimana pemberi servis tersebut menjalankan perkhidmatan mereka terhadap pelanggan.
Ada yang menawarkan harga terlalu murah, tetapi servisnya ala kadar. Ada juga yang tawarkan harga mahal, tapi servisnya sangat mantap.
Sebagai pengguna yang berhemah, kita perlulah membuat keputusan yang bijak. Biarlah alah membeli, menang memakai daripada mendapatkan servis yang bersifat indah khabar dari rupa.
BACA JUGA: Pesanan Untuk Peniaga Kedai Makan, Kena Asingkan 5 Jenis Duit Ni Kalau Nak Bisnes Maju
Sumber: Syamil Hanafiah via Facebook