Lelaki Kongsi Detik Terserempak Harimau, Reaksinya Buat Ramai ‘Kecut Perut’
Bila masuk ke kawasan hutan, orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Selain risiko keadaan cuaca buruk atau tersesat, kewujudan pelbagai haiwan liar di dalam hutan juga tidak boleh dipandang enteng.
Haiwan seperti harimau, babi hutan, gajah dan ular menjadi ‘penghuni’ yang sangat digeruni. Bayangkan jika anda terjumpa binatang-binatang itu ketika berada di dalam hutan, apa yang akan anda lakukan?
Seperti yang dialami oleh seorang lelaki yang berkongsi satu video memaparkan dia terserempak dengan seekor harimau di kawasan hutan.
Video yang dimuat naik Ilmi Narawi di TikTok itu mencuri tumpuan ramai kerana reaksinya yang tenang menghadapi haiwan itu.
Menerusi video itu, harimau terbabit dilihat menghampiri Ilmi dan rakan-rakannya dengan perlahan. Ilmi pula mengundurkan kenderaannya sambil meminta yang lain untuk turut masuk ke dalam kenderaan terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai selepas melihat video terbabit.
“Nasib la dia tak kejar terus… Tidak tamat la sudah al kisah kami”
“Satu lagi bagus jalan mengundur sebab harimau takkan terkam. Harimau hanya terkam dari belakang je sebab tu jangan lari, tenang dan mngundur je”
“Waktu ni segala macam petua terbang melayang keluar tingkap”
“Nasib lutut tak gigil, kalau tak..tak dapatnya nak jalan reverse macam ni, ni rimau bagi isyarat jangan masuk/teruskan mesti ada hikmah”
Sumber: Ilmi Narawi