
Lelaki Kongsi Cara Nak Hilangkan Kesan Getah Pisang Pada Baju, Guna 3 Bahan Je
Aktiviti bercucuk tanam merupakan satu perbuatan yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka yang melakukannya.
Sebab itu dalam bahasa Melayu juga ada pepatah yang menyebut ‘berbudi kepada tanah, lambat laun mendapat hasilnya’.
Dari tanaman sayur-sayuran sehinggalah buah-buahan pasti akan mendapat hasil yang lumayan jika dilakukan dengan cara yang betul.
Sebagai contoh, tanaman seperti buah pisang merupakan satu aktiviti pertanian yang sering dilakukan oleh penduduk kampung yang mempunyai tanah yang kosong.
Sifatnya yang mudah dijaga menjadi sebab utama ia menjadi pilihan orang ramai untuk bercucuk tanam
Namun menanam pisang bukanlah sesuatu yang manis sehingga akhirnya, kerana pisang akan mengeluarkan getah yang sangat susah untuk ditanggal.
Terutamanya jika terkena pada pakaian, kesan getah itu tadi akan kekal dan susah untuk hilang.
Justeru perkongsian pada hari ini akan memberikan tips mudah untuk mereka yang mahu menanggalkan kesan getah pisang pada pakaian mereka.
Perkongsian yang dibuat oleh sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama @diy.lifehacks.id bakal menunjukkan cara mudah tersebut.
Berdasarkan perkongsian video tersebut, bahan utama yang anda perlukan hanyalah tiga bahan utama sahaja iaitu limau nipis, garam dan cuka.

Menurut perkongsian itu, langkah pertama yang anda harus lakukan adalah dengan menyental potongan limau nipis di kawasan yang terkena getah pisang tadi.

Kemudian langkah seterusnya adalah dengan meletakkan garam di kawasan yang terkena tersebut. Biarkan dua bahan tadi untuk seketika agar ia sebati.
Seterusnya letakkan cuka buatan atau masakan di kawasan yang terjejas tersebut. Gosok perlahan menggunakan berus di bahagian terkena getah tersebut sehingga nampak kesan mula hilang.

Langkah terakhir adalah dengan membilas pakaian tadi menggunakan air bersih. Sekarang pakaian anda sudah bersih seperti sedia kala.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Bagaimana dengan perkongsian tips pada hari ini?
Diharap perkongsian pada hari ini akan memberikan manfaat dan ilmu yang baharu kepada pembaca untuk memudahkan urusan harian anda.
Sumber: TikTok via @diy.lifehack.id