Paraglider Hairan, Nampak Anjing Di Puncak Piramid Giza Ketika Meluncur Di Udara
Bila sebut tentang Mesir, perkara pertama yang terlintas di minda kita tentunya dengan struktur piramid yang megah berdiri selepas ribuan tahun dibina.
Menurut National Geographic, bangunan piramid Giza ini dibina daripada batu padu sebagai makam firaun. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM dan mengandungi 2.3 juta batu blok yang setiap satunya dianggarkan seberat 2.5 hingga 15 tan.
Binaan tersebut tersenarai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba dan berfungsi sebagai makam kepada Firaun Khufu.
Sehingga kini, Piramid Giza yang menjadi sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO masih menjadi tumpuan para penyelidik dari serata dunia.
Haiwan dikesan berada di atas puncak piramid Giza
Dalam pada itu, @abcnews baru-baru ini telah berkongsi detik-detik aneh lagi misteri seorang paraglider ketika meluncur di atas piramid berkenaan
Seakan tidak percaya, paraglider berkenaan sebenarnya terserempak dengan seekor anjing yang sedang berada di atas puncak struktur tersebut.
Menerusi video berdurasi 44 saat itu, dapat dilihat anjing berkenaan sedang menyalak sambil menggoyang-goyangkan ekornya ke arah burung-burung yang berterbangan.
Setakat ini, tiada penjelasan lanjut bagaimana anjing berkenaan boleh berada di puncak piramid setinggi 455 kaki itu.
Video berkenaan mendapat 6.7 juta tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok juga tertanya-tanya dengan apa yang berlaku.
Namun rata-ratanya menyuarakan kebimbangan selepas melihat situasi berkenaan dan berharap seseorang membantu membawa turun anjing tersebut.
BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP
BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku
Sumber: @abcnews via TikTok