
Lelaki Ini Raih Pujian Ramai, Guna Mesin Rumput Untuk Mop Lantai
Tugas membersih atau mengemop lantai rumah boleh dilihat seperti suatu tugas yang mudah sahaja untuk dilakukan.
Bagi sesetengah orang, tanggungjawab mengemop lantai adalah rutin wajib yang dilakukan setiap minggu. Alasannya cuma satu, supaya lantai sentiasa bersih dan berkilat sepanjang masa.
Walaupun cuma bermain dengan sabun dan alat mengemop, namun tidak dapat disangkal lagi ia merupakan satu pekerjaan yang sangat memenatkan.
Apatah lagi jika rumah anda bersaiz besar dan mempunyai banyak ruang, lebih daripada 3 atau 4 bilik.
Tindakan lelaki ini mop lantai guna mesin rumput curi perhatian ramai
Jadi tak hairanlah jika ada yang mencari jalan pintas atau mencari penyelesaian kreatif supaya rutin mengemop lantai tidak menjadi satu tanggungjawab yang membebankan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ideaab05, seorang lelaki berkongsi idea kreatif bagaimana mahu menjadikan rutin berkenaan suatu perkara yang seronok untuk dilakukan.
Bahkan solusi yang dikongsikan lelaki itu juga kurang melelahkan kerana anda mungkin tidak perlu menggunakan banyak tenaga untuk menyental lantai.
Menerusi video itu, lelaki tersebut mengubah suai mesin pemotong rumput cordless dengan menggantikan mata pisau dengan kepala mop lantai
Kemudian, dia hanya perlu menggunakan pergerakan mekanikal mesin berkenaan untuk memudahkan kerja-kerja mengemop lantai selepas itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh @ideaab05.
Pada masa yang sama, ada juga yang kagum dengan cara pemikiran lelaki itu dan ingin mencuba idea kreatifnya ketika menggilap lantai rumah.
“Bos cakap pastikan lantai bersih dan bersinar. Ok siap bos haha,” komen seorang wargamaya.
“Bila laki kau buat kerja rumah,” komen lagi seorang wargamaya.
BACA: Dua Angkasawan Starliner Mungkin Terkandas Di ISS Sehingga 2025 – NASA
Sumber: @ideaab05 via TikTok