Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia, Berjaya Susun Kerusi Hingga Cecah Ketinggian 518cm

Akhmar Ikmal

Bukan mudah untuk seseorang dinobatkan sebagai orang yang berjaya memecah rekod dunia. Banyak perkara perlu dilakukan dan semestinya perlu mematuhi pelbagai peraturan agar tidak menyalahi undang-undang.

Di London, seorang lelaki yang berasal dari Britain telah berjaya memecahkan rekod dunia dengan menyusun kerusi setinggi 518 sentimeter (cm). Lelaki tersebut merupakan seorang pengurus restoran yang dikenali sebagai Jay Ehson.

Menurut laporan daripada UPI, Ehson telah menerima pengiktirafan tersebut dearipada Rekod Dunia Guinness. Ehson yang berumur 37 tahun itu telah melakukan aksi itu di luar Dewan Jamuan Baab-eSalaam di Cheetham Hill, Manchester di England.

Menurut Ehson, aksi penyusunan kerusi yang tinggi boleh menjadi satu perkara yang sangat berbahaya sekiranya individu tersebut tidak mahir untuk melakukannya.

Dia juga mengingatkan semua orang yang mahu mencuba membuat aksi penyusunan kerusi tersebut untuk mempelajarinya terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Tambah Ehson lagi, agensi antarabangsa juga telah menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa melakukan aksi tersebut. Jelas Ehson juga, aksi berbahya tersebut telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak AS$2,000 iaitu RM8,307 untuk membantu golongan gelandangan.

Sumber: Utusan Malaysia