Bila masuk je dalam pusat membeli-belah atau mall, mesti akan terpusing-pusing cari kedai dalam mall yang sikit punya besar tu. Tengok map yang disediakan pihak mall pun kadang-kadang boleh tersesat lagi.
Tahu tak sekarang dah ada aplikasi yang boleh memudahkan korang untuk cari kedai atau vendor dalam mall. Aplikasi ni bukan sahaja tunjuk lokasi vendor, tapi laluan mana yang korang kena lalu pun dipaparkan tau. Tinggal download je aplikasi kat telefon pintar korang.
Selain bermanfaat untuk korang yang suka berjalan dekat mall, aplikasi ini juga sangat berguna untuk para rider penghantar makanan yang sentiasa mengejar masa nak hantar pesanan.
Video yang diunggah pengguna akaun TikTok @paktharm ini menunjukkan cara untuk cari vendor dalam mall hanya menggunakan satu aplikasi je pada telefon pintar. Video ini mendapat 15 ribu tontonan setakat ini.
Nak tahu aplikasi apa yang abang ni download dan macam mana nak guna? Jom tengok video di bawah ni.
Senang je kan? Lepas ni korang tak payah dah susah-susah tengok map, bukak je aplikasi ni, settle masalah.
Sumber: TikTok @paktharm