Walau dalam kesibukan bekerja, pasti akan ada waktu-waktu ’emas’ untuk seseorang insan membaca al-Quran. Sebagai seorang Muslim di muka bumi ini tak salah jika kita gunakan waktu terluang untuk mencari keredhaanNya.
Walauupn naskah Al-Quran tersebut kelihatan usang, tetapi tidak mematahkan semangat seorang pemilik bengkel kereta ini untuk membacanya setiap kali menunggu pelanggan datang. Kisah yang penuh inspirasi ini dikongsi oleh Nik Amriza Saliqin menerusi laman Facebooknya.
Ikuti kisah pakcik ini yang penuh dengan teladan dan inspirasi. Moga kita semua akan mendapat mempraktikkan dalam kehidupan harian.
Al kisah pergi workshop nak service proton saga kesayangan, berpuluh orang dah foreman melayu yang saya berurusan dan bermacam jenis ragam.. Tetapi kali ni Allah temukan saya insan yang agak “RARE” di zaman 2020 ni..

Allah mengajar melalui Af’al(perbuatanNya).. Kita lihat,belajar muhasabah diri kita,sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta.. Ya Allah murahkanlah rezeki pakcik ini.. Berkat kaya dan berjaya dunia akhirat serta jauh azab api neraka..
Maaf pakcik saya posting gambar, untuk beri semangat kepada diri saya dan sahabat semua..
**Lokasi workshop: Simpang Jalan Sungai Jelok, Kajang.
Sumber: Nik Amriza Saliqin