Mungkin ramai yang mula sedar dan tahu beberapa maklumat tentang penyakit Schizoaffective Disorder iaitu sejenis penyakit mental yang ada simptom psikotik dan perasaan.
Tidak dinafikan, masalah mental ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main dan ia boleh dirawat jika seseorang itu dapat mengawal perasaan tersebut.
Begitulah seperti perkongsian daripada salah seorang pesakit yang dikenali sebagai Faris Nazrin menerusi laman Twitternya. Perkongsiannya banyak membuka mata masyarakat tentng kehidupan sebenar penyakit ini.
Ini antara soalan orang ramai yang ditujukan kepada dan jawapan kepada semua persoalan ini. Moga ia dapat memberi sedikit info tentang masalah Skizofrenia ini.

Orang tanya “Tak rimas ke dengar suara-suara halus all the time?”
Rimas. Exhausting actually. Kekadang, diorg tak perlu cakap pasal diri aku pun. Diorang berbual sesama diorang, buat-buat bising pun dah triggering. Tapi sebab aku dah lama hidup macam ni jadi aku anggap itu perkara normal.
“Tak takut ke bila nampak ‘sesuatu’ tu?”
Depends. Kekadang terkejut beruk juga kalau ternampak manusia dalam gelap. Pada aku, diorg takde la seram mana. Tapi diorang ni aneh. ‘Manusia’ yang tak patut ada di situ dan ‘haiwan²’ yg deformed and distorted.
“Ada tak halusinasi yang selain daripada visual dan auditory?”
Kurang la. Jarang berlaku tapi kalau terjadi, aku terasa macam ada sesuatu yang menjalar-jalar di sekitar otot-otot aku. Dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan. Rasa macam nak ambil pisau dan toreh benda tu keluar.
Bau-bau tu macam tak pernah. Mungkin ada tapi aku tak perasan. Kalau dalam MRT tetiba terbau kentut tu, aku anggap ada orang melepas secara senyap je la. Takde la aku anggap sebagai halusinasi.
Begitu juga dengan rasa. Tak pernah lagi aku rasa benda abnormal dekat lidah aku.
Sumber: Faris nazrin