ISTANBUL: Seorang lelaki warganegara Turki menjadi ‘jurulatih tekanan’ pertama yang mencari rezeki dengan membiarkan orang lain menumbuknya tanpa membalas semula.
Hasan Riza Gunay bekerja sebagai punching bag manusia sejak 2010 selepas mendapat inspirasi dari pengarah filem klasik Turki, Kemal Sunal yang menghasilkan filem Sark Bulbulu, lapor Oddity Central. Menerusi filem itu, terdapat seorang watak protagonis yang secara sukarela membenarkan dirinya dipukul orang lain.
Dia sedar bahawa sesetengah individu melepaskan tekanan dengan melakukan senaman, meditasi atau tidur. Namun, dalam masa yang sama ada juga individu yang mahu meredakan ketegangan dengan menjerit mahupun memukul seseorang.
Oleh itu, dia mendapat idea untuk menjadi ‘jurulatih tekanan’ sebagai bentuk perniagaan sejak 11 tahun yang lalu. Dia juga berharap agar dapat melatih individu lain sebelum dia meningkat usia.
“Kebanyakan pelanggan saya mengalami tekanan atau serangan panik akibat rutin harian mereka.
Sumber: Utusan Malaysia