Pakar bedah India berjaya mengeluarkan ketumbuhan otak yang didakwa sebagai ketumbuhan yang paling besar di dunia dicatatkan setakat ini.
Seorang lelaki yang berusia 31 tahun telah dilaporkan hidup dengan ketumbuhan dikepalanya itu selama 20 tahun kerana takut dan kekurangan wang untuk membuangnya.
Selepas doktor berjaya membuang ketumbuhan seberat 5kg itu, pihak doktor menyatakan bahawa ketumbuhan itu merupakan yang paling besar pernah dicatatkan dalam rekod perubatan.
Gambar: Daily MailPakar bedah tersebut menyatakan bahawa ketumbuhan itu mempunyai saiz yang sama seperti kepala lelaki itu.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sakthivel, dilaporkan sedang pulih dengan baik daripada pembedahan tersebut.
Dr Srisaravanan mengambil masa selama 10 jam sebelum berjaya membuang ketumbuhan dalam satu operasi pembedahan yang dilakukan di Hospital Rajaji, Madurai.
Meskipun lelaki itu telah menderita disebabkan ketumbuhan semasa dia masih berumur 11 tahun lagi, dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana doktor bagi mendapatkan rawatan.
Sakhtivel tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos pembedahan itu. Dia juga turut bimbang akan pembedahan yang bakal dilakukan kerana menurutnya abangnya pernah mati ketika dibedah.
Namun apabila ketumbuhan itu semakin membesar, Sakthivel sentiasa bergelut untuk menggerakkan kepalanya dan ianya menjejaskan aktiviti hariannya, ketika itu barulah dia tergerak hati untuk mendapatkan rawatan.
Gambar: Daily MailDalam satu laporan yang disiarkan di BBC tahun lepas menunjukkan seorang lelaki yang memiliki ketumbuhan otak seberat 1.8kg dipercayai merupakan ketumbuhan yang paling besar di dunia dicatatkan ketika itu. Ketumbuhan yang berada di kepala Sakhtivel pula mempunyai dua kali ganda daripada berat tersebut.
Sumber: Daily Mail