muka macam budak

Lelaki Gusar, Susah Cari Kerja Gara-gara Muka Macam Budak Walau Umur Dah 27

Syed Faisal Sayed Muhammad

Lelaki Gusar, Susah Cari Kerja Gara-gara Muka Macam Budak Walau Umur Dah 27

Kita sebagai manusia pada umur tertentu akan keluar dari rumah untuk mencari rezeki dan bekerja, kita semua akan memulakan mencari pekerjaan dan mula meneroka dunia.

Namun, nasib tidak menyebelahi lelaki berasal dari China ini apabila wajahnya yang seakan kanak-kanak membuatkan dia sukar mencari pekerjaan biarpun usia sebenarnya sudahpun mencecah 27 tahun.

Mu Sheng mula mendapat perhatian melalui apabila seorang pengguna aplikasi Douyin, Fan Ge yang sedang merekrut pekerja dari seluruh China.

Pengguna berkenaan yang juga bertugas di Bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat menemui Mu Sheng dalam keadaan berpeluh dan membawa beg di depan pintu pejabatnya.

Pada awalnya, dia menyangka Mu Sheng merupakan seorang kanak-kanak, berdasarkan bentuk wajah dan ketinggian Mu Sheng ketika itu. Malah, suara Mu Sheng juga kedengaran seperti suara kanak-kanak.

Namun setelah berbual seketika, Fan Ge merasa terkejut apabila Mu Sheng sebenarnya sudahpun berumur 27 tahun dan sedang mencari pekerjaan. Usia Mu Sheng telah disahkan melalui maklumat yang tertera pada kad pengenalannya.

Mu Sheng kemudian mendedahkan dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk makan memandangkan wang yang ada ditangannya ketika itu ingin digunakan untuk mencari kerja. Malah, dia turut meminjam wang daripada sepupunya.

Bercerita lanjut, Mu Sheng memaklumkan ayahnya kini menderita penyakit strok dan tidak bekerja, manakala ibunya pula sudah berkahwin lain. Disebabkan itu, dia kini perlu mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan keluar mencari wang.

Setelah video yang dimuat naik Fan Ge menjadi tular, ramai yang menzahirkan simpati kepada Ma Sheng dan sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Beberapa orang usahawan dilapor telah menghubunginya untuk menawarkan pekerjaan.

Sebuah video yang lain di Douyin beberapa hari lalu mendedahkan bahawa Mu Sheng akhirnya menerima salah satu tawaran pekerjaan yang ditawarkan kepadanya

Dia juga berharap dapat membantu keluarganya serta mencari teman hidup untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

Sumber: Must Share News