Gambar via Mirror

Lelaki Ditemui Lemah & Gigi Hampir Tiada, Dipercayai 3 Dekad Dikurung Ibu Sendiri

Nabila

Seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui dengan keadaan yang mengerikan di mana hampir hilang keupayaan bercakap, hampir tidak mempunyai gigi, kerana kekurangat zat dan luka di badannya. Menurut laporan, lelaki tersebut berjuang untuk berjalan dan bercakap ketika doktor mendapati dirinya di sebuah flat di Stockholm.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada ibunya sendiri yang mengurungnya di rumah selama tiga dekad. Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan manakala ibunya pula ditawan oleh pihak polis.

Gambar via Mirror

Bukan itu sahaja, laporan media juga mengatakan si ibu memberhentikan anaknya dari sekolah ketika berumur 12 tahun dan sejak itulah anak lelakinya dikurung.

Sehubungan dengan kejadian itu, pihak polis telah menutup flat di selatan Stockholm buat sementara waktu untuk memberi ruang pihak penyiasat mencari dan mengumpulkan bukti.

Gambar via Mirror

Expressen melaporkan saudara perempuan mereka menjumpai lelaki malang tersebut ketika melakukan tinjau di rumah tersebut selepas mengetahui si ibu dibawa ke hospital.

“Saya tidak melihatnya lebih dari 20 tahun, tetapi ketika mata kami bertemu, dia membisikkan nama saya berulang-ulang,” katanya.

“Saya telah menunggu selama 20 tahun kerana saya tahu bahawa dia hidupnya dikawal sepenuhnya oleh si ibu, tetapi saya tidak menyangka ia sampai tahap ini,”

Jiran melaporkan si ibu akan berhenti bercakap atau mengubah topik perbualan ketika ditanya mengenai anaknya. Si ibu hanya menjawab bahawa anaknya “baik-baik saja”.

Walau bagaimana pun, si ibu yang berusia 70 tahun itu menafikan tunduhan mencederakan anak lelakinya itu.

Sumber: Mirror