SEORANG lelaki berusia 50 yang dijangkiti Coronavirus (Covid-19) telah pergi ke dua bar baru-baru ini, berniat untuk sengaja menyebarkan virus itu.
Lapor Fuji News Network (FNN), lelaki berkenaan walaupun tanpa simptom, namun dia dikesan positif setelah diuji di sebuah hospital di Gamagori pada Rabu lalu, ekoran ibu bapanya dijangkiti Covid-19.
Dia diminta untuk dikuarantin di rumah dahulu sehingga ada pihak hospital memaklumkan tempatnya yang sesuai di fasiliti perubatan untuk menerima rawatan pada hari berikutnya.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke Izakaya Bar dan sebelum itu, dia memberitahu ahli keluarganya, “Saya ke sana untuk menyebarkan Coronavirus,”
Di bar kedua, dia turut memberitahu kepada salah seorang pengunjung di sana, “Saya disahkan positif Coronavirus,”
Selepas terdengar ‘luahan’ tersebut, seorang staf bar itu segera menghubungi pusat kesihatan tempatan.
Bagaimanapun, sejurus kemudian, pegawai polis dari Balai Polis Gamagori tiba di bar tersebut dengan lengkap berpakaian pelindungan virus, namun mereka mendapati lelaki itu sudah pulang ke rumahnya dengan menaiki teksi.
Sumber: Tokyo Reporter