
Tindakan seorang buruh binaan warga Indonesia yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengundang padah apabila ditahan oleh pihak polis di kawasan Country Homes.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof, pihaknya telah menerima maklumat pada Jumaat lepas, selepas pengadu diberitahu isterinya bahawa anak mereka dipeluk daripada belakang oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.
Pada Rabu lepas, seorang kanak-kanak dipercayai dicabul oleh seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka di pusat bandar Country Homes, Rawang. Berikutan itu, rakaman kejadian tersebut menerusi kamera litar tertutup CCTV tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi marah daripada warganet.
Sumber: Bernama