Seorang pekerja binaan yang baru bangun daripada koma mendapati bahawa dia telah meletupkan tangannya sendiri dan melenyapkan bumbung rumah ibunya selepas dia dilaporkan menyalakan bunga api di dalam bilik tidurnya, lapor Mirror.
Lelaki tersebut dikatakan secara tidak sengaja telah menyalakan api yang mengandungi kekuatan bahan letupan industri sehingga menghancurkan bilik loteng sementara ibu dan sepupunya berada di tingkat bawah, lapor Liverpool Echo.

Walaupun mereka berdua tidak cedera parah, pekerja binaan yang berusia 28 tahun itu telah dilaporkan kehilangan tangan kanannya dalam letupan tersebut serta jari telunjuk dan ibu jari di tangan kirinya.
Dia kemudiannya mengakui bahawa dia bertanggungjawab atas letupan itu dengan alasan dia cuba untuk menggabungkan dua bunga api menjadi satu.

Susulan daripada itu, lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan, digantung selama dua tahun, selepas mengaku bersalah menyebabkan letupan yang mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan serius.
Letupan yang menakutkan itu berlaku di rumah lelaki tersebut yang terletak di Anfield, Liverpool kira-kira pukul 5.15 petang pada 12 September 2017 lalu.
Sepupu lelaki tersebut dan ibunya dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan terus dibawa ke hospital sejurus selepas letupan itu berlaku.
Lelaki tersebut pula berada dalam keadaan koma dan disebabkan itu dia tidak layak untuk dibicarakan. Namun tiga bulan kemudian, dia telah memberitahu kepada petugas bahawa dia tidak ingat peristiwa itu.
Dia dilaporkan telah menafikan kesalahannya dan akan diadili pada Mac lalu namun terus mengakui kesalahannya.
Sumber: Mirror