Kepala Batas : Seorang lelaki di khuatiri lemas apabila bot fiber di naiki bersama dua lagi rakan mengalami kebocoran sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai ketika dalam perjalanan pulang selepas mengail udang di sebuah pulau kecil di Sungai Muda, Ekor Kucing di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata berkata dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, Muhammad Najmi Mohd Lazim,22, bersama dua lagi rakannya berusia 22 dan 24 tahun telah selesai mengail udang dan mahu pulang ke rumah mereka di kawasan Ekor Kucing, di situ.
“Semua tiga lelaki itu telah ke Sungai Muda untuk mengail udang pada pukul 6.10 pagi dan semasa dalam perjalanan pulang bot fiber milik Muhammad Najmi telah mengalami kebocoran lalu ketiga-tiga mangsa telah jatuh ke dalam sungai tersebut.
“Dua rakan mangsa telah berenang dan menyelamatkan diri namun Muhammad Najmi berpaut pada bot dan cuba diselamatkan rakannya tetapi gagal kerana arus air sungai yang sangat kuat,” katanya.
Katanya berikutan kejadian itu, polis bersama pasukan bomba termasuk pasukan skuba telah menjalankan operasi mencari serta menyelamat (SAR) mangsa di sekitar lokasi mangsa terjatuh.
Sumber : Bernama