Seorang lelaki yang menghidapi sakit mental telah dituduh memperkosa dan melemaskan ibunya yang berusia 83 tahun dengan bantal dalam sebuah kes yang mengejutkan Greece.
Tuduhan yang dibuat lebih memeranjatkan apabila pelakunya ialah orang yang sama yang telah membunuh neneknya 28 tahun lalu.
Menurut pemeriksa perubatan, Victoria Papastergiou meninggal dunia kerana dia telah dicekik. Dia dibunuh berhampiran bandar Grevena, di utara Greece pada hari Selasa lalu lapor akhbar Greek ProtoThema.
Laporan tempatan mengatakan lelaki tersebut mencuci dan mendandani mayat ibunya untuk menyorokkan punca sebenar kematian ibunya. Namun begitu, pihak berkuasa pasti yang dia telah memperkosa ibunya semasa dia menekup muka ibunya dengan bantal.
Lelaki tersebut telah didakwa atas tuduhan membunuh dan merogol, kerana pegawai perubatan telah mengenal pasti ‘penemuan terbaru hubungan seksual’.
Lelaki tersebut akhirnya mengaku yang dia telah membunuh ibunya selepas pihak polis menahannya.
Berdasarkan laporan laman sesawang sebuah berita, GRTimes.gr, dia menceritakan bahawa dia mengakui melakukan jenayah tersebut kerana ibunya membakar makanannya.
Dakwaan pembunuhan itu terbongkar apabila lelaki tersebut meminta pemilik rumah pengebumian di Grevena untuk enguruskan pengebumian ibunya dengan cepat.
Pihak pengurusan rumah pengebumian tersebut yang berasa aneh dengan permintaan itu melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.
Seorang pegawai polis telah mengaitkan kes sekarang dengan kes 28 tahun lalu, dimana lelaki tersebut membunuh neneknya.
Dia ketika itu akhirnya ditahan di hospital untuk beberapa tahun bagi mendapatkan rawatan mental. Dan telah dibebaskan dan bekerja di sebuah sekolah sebagai guru gim.
Pada hari Rabu, pihak polis telah pergi ke rumahnya tetapi tidak berjaya menemukannya. Selepas beberapa lama menjejakinya lelaki tersebut berjaya ditemui.
Laporan media tempatan menyatakan yang dia akan menjalani rawatan psikologi selanjutnya.
Sumber: Daily Mail