Seorang lelaki Zimbabwe yang mempunyai 16 orang isteri dan 151 anak mendedahkan bahawa dia mengamalkan jadual seks sebanyak empat kali dalam satu malam bagi memastikan keluarganya terus berkembang, lapor Daily Mail.
Lelaki yang berusia 66 tahun itu dilaporkan tidak bekerja dan mendakwa bahawa pekerjaan sepenuh masanya adalah ‘memuaskan isterinya’, yang perlu memasak, membersihkan, dan memenuhi keinginannya.
Bapa kepada 151 orang anak itu tidak merancang untuk berhenti, malahan dia sedang merancang untuk mengahwini isteri yang ke-17 pada musim sejuk nanti dan berharap akan dapat memiliki 100 orang isteri dan 1,000 orang anak sebelum dia meninggal dunia.
Menurut Daily Mail, dia turut menyatakan bahawa dia harus terus menikahi wanita yang lebih muda kerana wanita tua tidak dapat melayani nafsu seksnya.
Dia mengakui bahawa dia mempunyai kehidupan yang mewah dan menyatakan yang dia banyak mendapat hadiah serta wang daripada anak-anaknya.

Lelaki tersebut dilaporkan telah merancang jadualnya untuk membolehkannya ‘memuaskan’ sekurang-kurangnya empat isterinya dalam satu malam.
Dia memberitahu kepada agensi berita tempat iaitu The Herald bahawa: “Saya pergi ke bilik tidur yang telah saya jadualkan. Saya kemudiannya memuaskan isteri saya dan terus ke bilik yang seterusnya. Ini adalah tugas saya. Saya tidak mempunyai pekerjaan lain.”
Dia menambah: “Saya mengubah tingkah laku saya di dalam bilik tidur agar sesuai dengan usia setiap isteri saya. Saya tidak melakukan benda yang sama dengan isteri yang muda seperti yang saya lakukan dengan yang tua.
Lelaki berusia 66 tahun itu dilaporkan telah mula berpoligami sejak tahun 1983 dan menyatakan bahawa dia tidak merancang untuk berhenti daripada ‘projek (pembiakan)” itu sebelum dia meninggal dunia.
Tambahnya, semua pengantinnya sangat gembira dengan kehidupan mereka dan sekurang-kurangnya dua daripada mereka sedang mengandung.

Dari segi kewangan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia tidak terbeban mempunyai lebih 150 orang anak dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah mendapat banyak manfaat daripada keluarga besarnya itu.
Dia berkata: “Anak-anak saya memanjakan saya. Saya sentiasa menerima hadiah dan wang tunai daripada mereka termasuklah anak tiri saya.”
Keluarga tersebut dilaporkan bergantung kepada hasil pertanian mereka dan pada baru-baru ini, mereka dipercayai telah diperuntukkan tanah seluas 93 hektar yang terletak berhampiran dengan pergunungan Mvurwi.
Tetapi sekurang-kurangnya 50 orang daripada anak-anaknya bersekolah di Mbire, Harare, Mutare dan Guruve.
Enam lagi bekerja untuk Tentera Nasional Zimbabwe, dua lagi polis, 11 yang lain bekerja dalam pelbagai bidang, dan 13 anak perempuannya telah pun berkahwin.
Dia telah mengahwinkan 13 anak perempuannya. Dua isterinya sedang mengandung. Sekurang-kurangnya 23 anak lelakinya sudah berkahwin dan salah seorang daripadanya dilaporkan mengikut jejak langkahnya kerana mempunyai empat orang isteri.

Namun begitu, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sedang menjalani kehidupan tanpa tekanan kerana dia tidak bekerja dan mempunyai 16 isteri yang semuanya menjalankan tugas sebagai suri rumah termasuklah memasak masakan yang berlainan untuknya.
Dia berkata: “Setiap daripada isteri saya memasak untuk saya setiap hari tetapi syaratnya adalah saya hanya makan makanan yang sedap sahaja, apa sahaja yang saya rasa tidak sedap, saya akan buang.
“Mereka tahu syarat itu dan mereka telah berjanji untuk tidak marah ketika saya memberikan makanan yang mereka masak itu kepada mereka semula. Apa-apa yang dihantar kembali harus dijadikan pengajaran untuk mereka terus memperbaiki masakan mereka.”
Dia dilaporkan telah memulakan projek besar itu selepas perang Rhodesian, di mana dia memperjuangkan kemerdekaan Zimbabwe, kerana ingin membantu meningkatkan populasi.
Sumber: Daily Mail