
Lelaki Dakwa Mimpi Potong Daging, Rupanya ‘Terkerat’ Zakar Sendiri Ketika Tidur
Ghana – Seorang lelaki dilaporkan secara tidak sengaja memotong zakarnya sendiri ketika tidur selepas bermimpi memotong daging.
Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai telah tertidur di atas kerusi sebelum mengambil pisau dan mencederakan dirinya sendiri.
Ketika masih dalam keadaan seperti bermimpi, dia memanggil dua jirannya yang bergegas ke rumahnya.
Mereka mendapati bahawa mangsa bersendirian dan berada dalam keadaan berlumuran darah.
“Saya sedang duduk di kerusi dan merasa mengantuk. Dalam tidur, saya bermimpi bahawa sedang memotong daging di hadapan saya.
“Saya tidak ingat bagaimana saya mengambil pisau itu, malah saya keliru,” katanya kepada BBC.
Menurutnya lagi, dia tidak pasti apa yang berlaku ketika jirannya tiba, walaupun dia berdiri dan merasakan sakit yang ‘mencucuk’ di bahagian kemaluannya.
Dia juga mendakwa hanya ‘terbangun’ dari mimpi ketika berada di hospital dan di saat itu barulah dia menyedari bahawa dia sebenarnya memotong zakarnya sendiri.
Mangsa kini berada di hospital dan cuba mengumpul dana untuk melakukan pembedahan ke atas kemaluannya itu.
BACA JUGA: Cacar Monyet Didapati Sebabkan Zakar Bengkak & Dubur Berdarah
Sumber: Daily Star