lelaki dibuang kerja kerana isteri bersalin awal
Kredit: TikTok

Lelaki Dakwa Dibuang Kerja, Minta Ubah Cuti Kerana Isteri Bersalin Awal Dari Tarikh

Lelaki Dakwa Dibuang Kerja, Minta Ubah Cuti Kerana Isteri Bersalin Awal Dari Tarikh

Di saat kritikal seperti kes kematian, bersalin dan sebagainya, kebanyakan majikan akan memberikan pelepasan kepada pekerjanya.

Hal ini adalah untuk memastikan pekerja dapat menguruskan saat-saat kritikal tersebut dengan baik, tanpa memikirkan tentang kerja.

Selain itu, pemberian cuti paterniti dan materniti terhadap pekerja dianggap satu perbuatan yang menegakkan sifat empati dan nilai kemanusiaan.

Namun, manusia memiliki pelbagai ragam bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. Tidak semua memiliki sifat empati yang tebal dalam diri mereka dan lebih mengutamakan pekerjaannya.

Perkara ini dihadapi oleh seorang lelaki yang berkongsi pengalaman kurang enak menerusi TikToknya baru-baru ini.

Difahamkan, isterinya dijadualkan untuk bersalin pada 25 Mei, beberapa minggu lagi. Namun atas faktor tertentu, isterinya terpaksa bersalin lebih awal daripada jangkaan.

Oleh sebab itu, dia menghubungi penyelia kawalan kualiti di tempatnya untuk meminta diberikan cuti paterniti lebih awal daripada jangkaan tarikh tersebut.

Secara kebiasaannya, para majikan atau pihak yang memberi kelulusan untuk cuti akan mengucapkan tahniah atas berita tersebut.

Namun penyelia lelaki ini kelihatan tidak sama seperti orang-orang lain. Tiada ucapan tahniah mahupun doa dipanjatkan tetapi soalan-soalan panas pula diajukan.

“Habis you punya kerja mana mana? Siapa yang buat? Aku ke?”

lelaki dibuang kerja kerana isteri bersalin awal
Kredit: TikTok

Walaupun mendengar respon kurang manis dari penyelianya, lelaki itu masih mengawal kata-katanya di hadapan penyelianya.

Dibuang kerja kerana isteri bersalin lebih awal dari jangkaan

Dia memberitahu bahawa perkara tersebut tidak dapat diramal dan dielakkan. Tidak cukup dengan kata-kata sebelum ini, penyelianya membalasnya dengan mesej yang lebih perit untuk dibaca.

“Macam tu pulak? Kalau macam tu kau berhenti je lah” tulis penyelia tersebut.

Kata-kata penyelia tersebut sangat mengejutkan lelaki tersebut. Dia turut diminta untuk menunjukkan bukti bahawa isterinya betul-betul mahu bersalin.

Oleh itu, lelaki tersebut menghantar gambar persekitaran di dewan bersalin, menunjukkan isterinya hanya menunggu masa untuk bersalin.

lelaki dibuang kerja kerana isteri bersalin awal
Kredit: TikTok

Tidak termakan dengan bukti bergambar tersebut, penyelia tersebut terus memberhentikan lelaki tersebut serta merta.

“Kau ni, susahlah macam ni. Dah lah, you berhenti je lah, tak payah datang lagi. Aku tak nak kau lagi,”

Lelaki tersebut merayu kepada penyelianya agar tidak diberhentikan kerja disebabkan dirinya menanggung berapa tanggungan. Walau bagaimanapun, mesej tersebut tidak diendahkan penyelia tersebut.

Keesokan harinya, dia masih cuba untuk mencuba nasib dan ingin penjelasan dari penyelianya. Alangkah terkejutnya, penyelia tersebut memaklumkan tempat lelaki itu telah digantikan dengan orang lain.

lelaki dibuang kerja kerana isteri bersalin awal
Kredit: TikTok

I tak mahu you lagi. You boleh berhenti kerja. Nanti 7 haribulan I bagi gaji you,”

Kredit: TikTok

“Kamu punya tempat sudah ada orang ganti,”

Lelaki tersebut cuba untuk memujuk penyelianya tetapi tidak kesampaian apabila penyelianya telah menyekat akaun Whatsappnya daripada menghubunginya.

Pada ruang komen, dia bertanya sama ada dia perlu datang kerja ataupun membuat laporan di Pejabat Buruh.

Rata-rata, pengguna media sosial meminta lelaki tersebut untuk membawa kes tersebut ke Pejabat Buruh bersama bahan bukti seperti surat tawaran dan bukti tangkap layar Whatsapp ini.

Cuti paterniti telah dinaikkan kepada tujuh hari

Sebelum ini, Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) pada 21 Mac 2011, yangmencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari.

Melalui pindaan ini, sama seperti penjawat awam, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang serupa ketika menyambut kelahiran bayi mereka.

Walau bagaimanapun, kelayakan cuti paterniti terhad kepada lima kali kelahiran sahaja. Had ini tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin.

Selain itu, pekerja lelaki itu perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dibawah majikan sama.

Dalam pada itu, pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

BACA: Pelakon Terkenal, Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Sumber: d0nutsambal via TikTok