Lelaki Cedera Dibelasah, Kantoi Bina Terowong Rahsia Ke Rumah ‘Skandal’ Berstatus Isteri Orang

Fazidi

Seorang lelaki berstatus suami orang dilapor sanggup menggali sebuah terowong yang menuju ke rumah teman wanitanya, yang merupakan isteri orang, dalam kejadian yang berlaku di Mexico.

Menurut laporan portal Opindia, tindakannya bagaimanapun membawa padah apabila ‘kantoi’ dengan suami kepada teman wanitanya itu.

Lelaki berkenaan dikatakan memanfaatkan kemahirannya sebagai seorang tukang batu bagi membina terowong berkenaan, yang melintasi beberapa jalan menuju ke rumah kekasihnya.

Dia mengaku seringkali berjumpa dengan teman wanitanya itu setiap kali suami wanita berkenaan tiada dirumah.

Bagaimanapun, hubungan sulit mereka terbongkar apabila suami wanita berkenaan menemui terowong itu di dalam rumahnya yang ditutup dengan batu-bata.

Berang dengan kecurangan isterinya, lelaki berkenaan kemudian merangkak menerusi terowong berkenaan dan sampai di rumah skandal isterinya.

Ketika itu, terjadi pergaduhan diantara suami wanita berkenaan dengan skandal isterinya. Pergaduhan berkenaan dilaporkan kepada polis yang hadir untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut.

Sumber: Opindia