Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang boleh diperkatakan ke atas nasib yang diterima oleh seorang lelaki di Badaun, Uttar Pradesh India ini apabila dia mengetahui bahawa bekas isterinya telah mengahwini ayahnya dan kini sah menjadi ibu tirinya.
Segalanya mula terbongkar selepas lelaki tersebut memfailkan laporan polis terhadap bapanya yang telah meninggalkan rumah untuk tinggal di tempat lain.
Lelaki tersebut telah membuat laporan kerana bapanya itu berhenti mengirimkan wang kepadanya ketika tinggal secara berasingan di tempat lain.
Menurut portal India Times, lelaki tersebut telah dikahwinkan dengan gadis itu ketika mereka berdua masih di bawah umur.
Namun selepas enam bulan, mereka bercerai. Gadis itu berkeras untuk bercerai kerana mendakwa bahawa lelaki itu kaki botol.
Kini, setelah mengetahui kebenaran tentang ayahnya dan gadis yang dinikahinya, lelaki itu terus membuat laporan di balai polis Bisauli.
Berikutan itu, kedua-dua pihak telah dipanggil untuk mengadakan perbincangan pada 3 Julai lalu.
Pegawai tersebut berkata, “Kami cuba untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah ini walaupun kedua-duanya, ayahnya dan lelaki itu agak agresif dalam pertemuan pada Sabtu lalu. Laporan itu kini sedang disiasat dan polis akan mengambil tindakan yang sesuai dengan undang-undang.
Wanita itu dilaporkan tidak mahu kembali ke pangkuan lelaki tersebut dan menyatakan bahawa dirinya benar-benar gembira dengan suami barunya itu.
“Kami belum menerima dokumen pernikahan pertama ketika mereka berdua masih di bawah umur. Kes tidak dapat didaftarkan, buat masa sekarang. kedua-dua pihak akan menerima notis pada sesi yang akan datang,” kata pegawai tersebut.