Gelagat seorang lelaki ‘bertudung‘ yang dilihat menjemput seorang wanita dipercayai teman wanitanya pada pukul 12:34 tengah malam dirakam kamera litar tertutup (CCTV) baru-baru ini.
Menurut Indo Zone, video yang tular di media sosial tersebut jelas memaparkan kelibat pemuda tersebut yang berjalan melewati lorong-lorong di kawasan perumahan teman wanitanya.
“Dia memakai tudung berwarna merah jambu, baju lengan panjang warna merah gelap serta seluar berwarna krim.
“Semasa melalui lorong itu, dia kelihatan sedang merenung skrin telefon bimbitnya. Pada skrin CCTV, masa ditunjukkan tepat pukul 12.34 malam, 3 April 2022.
“Selang lima minit kemudian, ia berjalan bedua-duaan dengan seorang perempuan bertudung yang dijemputnya,” lapor Indo Zone.
Memetik Indo Zone, setelah agak jauh dari kawasan perumahan tersebut, tepat jam 12.42 malam, dia kelihatan segera menanggalkan tudung tersebut yang dipakainya.
Disebabkan itu, wanita yang dipercayai kekasihnya itu mencuit lengan lelaki tersebut kerana kelihatan agak ‘berani’ menanggalkan tudungnya.
Bagaimanapun difahamkan, lelaki tersebut menjemput wanita itu adalah kerana ingin bersahur bersama-sama.
Berdasarkan laporan, kejadian lelaki bertudung menjemput teman wanita itu dipercayai berlaku di Indonesia, namun lokasi spesifiknya tidak dikenal pasti.
BACA JUGA: Jadi Kegemaran Dari Dulu Sampai Sekarang, Ini 5 Sebab Kenapa Tudung Bawal Kekal Relevan Kat Malaysia
Sumber: Indo Zone.