Bila bercakap mengenai ragam kucing, walau senakal manapun haiwan tersebut, ia pasti akan tetap disayangi dan dianggap ‘comel’ oleh pemiliknya.
Manakan tidak, haiwan itu juga menjadi terapi bagi menghilangkan segala tekanan.
Namun, nampaknya berbeza dengan kucing ini yang jelas menimbulkan ‘kemarahan’ pemiliknya.
Menerusi ciapan Mamblonumber5 atau Afif Adlan di laman Twitter, dia berkongsi mengenai kucingnya yang sanggup ‘memakan’ sijil ijazahnya.

Menggenggam ijazah dari University Of Nottingham, ia sememangnya sangat berharga bagi Afif namun tiada apa yang mampu untuk dilakukan, hanya mampu melihat sebahagian sijilnya kini rosak digigit oleh kucingnya.

Sementara itu, seperti biasa, ‘pesalah’ yang melakukan perbuatan tersebut tetap bersantai tanpa rasa bersalah langsung.

Kelihatan seperti sedang ‘mentertawakan’ pemiliknya, ramai yang terhibur melihat telatah kucing tersebut.



Sumber: mamblonumber5