
Seorang lelaki di Florida digemparkan dengan penemuan seekor ular boa ekor merah (red-tailed boa) sepanjang 1.5 meter yang dikatakan bersembunyi di dalam sofa baru dibelinya, memetik laporan Daily Star.
Menurut laporan, haiwan itu telah memasuki perabot milik lelaki berkenaan di kediamannya yang terletak di Clearwater, Florida Amerika Syarikat.
Susulan kejadian itu, lelaki tersebut telah menghubungi pihak polis untuk mengeluarkan reptilia itu.
Fox 13 melalui Daily star melaporkan sofa tersebut dibawa keluar daripada rumahnya bagi membolehkan mereka mengeluarkan haiwan berkulit licin itu.
Kemudiannya, ular itu berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis.
Sofa tersebut dibawa masuk kembali ke dalam rumah dan ular itu dibawa oleh kereta polis ke kedai haiwan berdekatan.

Menurut laporan sekali lagi, berkemungkinan ular itu sudah berada di dalam sofa berkenaan semasa dibeli oleh lelaki tersebut.
Ular boa atau boa konstriktor adalah ular tidak berbisa tetapi boleh membelit mangsanya sehingga mati.
Sumber: Daily Star