
Keselamatan anak kecil merupakan yang paling utama di rumah atau di luar untuk patikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Tidak dinafikan, anak-anak bebas bermain di dalam rumah tetapi dengan kesibukan ibu bapa kadang tidak boleh beri perhatian penuh kepada anak kecil mereka.
Tambah-tambah lagi kalau rumah yang ada tangga, pasti ia menjadi masalah apabila anak-anak kecil suka bermain di tangga. Jadi, untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, apa kata lihat cara dan barang-barang diperlukan untuk pemasangan pagar keselamatan.
Perkongsian menarik ini daripada pengguna Facebook yang bernama Shuhaimi Zulkefli. Lelaki ini ajar cara paling jimat dan berkesan untuk halang anak anda bermain di tangga.

Keadaan bila dibuka…

Roda tepi untuk jarakkan dinding.

Roda bawah dua biji (kalau rajin buatkan rel nanti).

Curtain hook (IKEA) tebuk dinding satu lubang dan pelekat double side roda (kedai RM2)

Kunci yang boleh dilaraskan. Tebuk lubang sendiri.

Bahan-bahan :
Pelaras Kaki Meja terpakai (sebagai security locked).

Kayu Pallet

Vidga IKEA (Curtain Hook) dapat sekali getah tu

Besi L Bar (MR.DIY jual harga RM1.80)

Skru terpilih & Driller

Roda Kecil (Kedai RM2.00

Menurut Shuhaimi, pager ini sangat kukuh dan tidak boleh digerakkan walaupun menggunakan tenaga dewasa kecuali ketika pin dibuka.
Sumber: Shuhaimi Zulkefli